Economic

Saudagar Dmdi Global: Membina Ekonomi, Menyatukan Umat

Di denyut dunia modern—ketika perdagangan kerap berlari lebih cepat daripada nurani dan persaingan sering menutupi semangat kolaborasi—muncul sebuah gerakan yang memilih jalan berbeda. Gerakan ini percaya bahwa bisnis bukan semata tentang keuntungan modal, melainkan tentang keterhubungan; bukan hanya tentang laba, tetapi juga tentang tujuan. Inilah semangat yang melahirkan Saudagar DMDI Global—sebuah inisiatif mulia yang merajut usaha dengan persatuan, serta mengubah perdagangan menjadi ikatan persaudaraan. Di Kuala Lumpur, dengan sikap yang anggun namun memancarkan kehangatan, Dato’ Hajah Joyah Abd Rashid, Ketua Saudagar DMDI Global, menyambut DMDI Magazine dan menyampaikan pandangannya dengan kejernihan visi. “Dalam dunia bisnis hari ini,” ujarnya, “kekuatan sejati tidak lagi terletak pada uang semata, melainkan pada jaringan—kepercayaan, kolaborasi, dan mimpi yang dibangun bersama.” Saudagar DMDI Global, jelasnya, bukan sekadar sebuah platform komersial—melainkan sebuah gerakan para wirausahawan yang meyakini bahwa kekayaan paling baik dibangun bersama, dijaga bersama, dan dimanfaatkan bersama demi kebaikan umat. Dari inisiatif sederhana di bidang pertanian hingga usaha-usaha ambisius dalam perdagangan global, Saudagar hadir sebagai jembatan—menghubungkan Indonesia dengan Malaysia, Malaysia dengan Afrika, Afrika dengan Timur Tengah, dan meluas melintasi benua. Ia lebih dari sekadar perdagangan—ia adalah komunitas. Lebih dari sekadar jaringan—ia adalah sebuah misi. Sebuah misi untuk memberdayakan para pengusaha Melayu-Muslim dari berbagai skala dan latar kisah, menyatukan mereka di bawah satu panji martabat, ketangguhan, dan keberhasilan bersama.

SAUDAGAR DMDI

Saudagar Dmdi Global: Membina Ekonomi, Menyatukan Umat

Dalam denyut nadi dunia moden, perniagaan bukan lagi sekadar angka untung dan rugi. Ia telah menjadi sebuah jambatan ukhuwah, sebuah ikatan yang mampu menyatukan umat dengan cita-cita bersama. Di sinilah lahirnya Saudagar DMDI Global, sebuah gerakan ekonomi yang berakar pada semangat persaudaraan dan kepercayaan. Demikian disampaikan oleh Ketua Saudagar DMDI Global — Dato’ Hajah Joyah Abd Rashid saat menerima DMDI Magazine di Kualalumpur.

Dikatakannya dalam dunia perniagaan moden, kekuatan sebenar bukan hanya terletak pada modal semata-mata, tetapi pada jaringan dan kolaborasi. “Melalui projek Saudagar, ekosistem usahawan yang berdaya saing diwujudkan — sebuah ruang di mana kita mampu berkongsi risiko, dan pada akhirnya menuai hasil yang lebih besar bersama-sama,” ujarnya.

Visi besar Saudagar DMDI Global ialah menjadi sebuah platform penyatuan usahawan Melayu-Islam di rantau ini. Tanpa mengira latar belakang, semua yang berjiwa niaga diberi peluang untuk melangkah. Yang utama ialah semangat, kesungguhan, dan komitmen untuk berusaha.

Projek ini bermula daripada idea membangunkan industri asas, seperti peternakan berskala besar di Malaysia sebagai langkah awal. Dari titik itu, ia melebar kepada sektor import-eksport, membawa produk unggul pertanian dari Indonesia seperti avokado, minyak kelapa dara, dan lainnya ke pasaran antarabangsa.

Saudagar tidak berhenti di situ. Sebuah impian lain turut digarap — sebuah kafe eksklusif yang membawa identiti persaudaraan. Bukan sekadar tempat minum kopi, kafe ini dibayangkan sebagai ruang kolaborasi, tempat usahawan bertemu dan merangka masa depan bersama.

Bagi memperkukuh langkah, Saudagar memperkenalkan dua jenis keahlian: Eksklusif dan Standard. Kedua-duanya diwujudkan untuk memberi nilai yang adil, sama ada kepada pemain besar mahupun usahawan kecil.

Keahlian Eksklusif ditawarkan pada kadar RM1,000. Dengan itu, ahli berpeluang menyertai projek mega seperti hotel, pembangunan infrastruktur, hingga import-eksport antarabangsa. Mereka turut menerima latihan intensif dan akses rangkaian di lebih 23 negara. Ibarat perjalanan, mereka duduk di business class: selesa, penuh kemudahan, dan berprestij.

Bagi usahawan kecil dan sederhana, tersedia Keahlian Standard pada kadar RM195. Ia memberi ruang kepada mereka membina asas: dibimbing dalam pemasaran, diberi idea, dan dipertemukan dengan insan yang tepat untuk kolaborasi.

“Dengan dua kategori ini, Saudagar memastikan tiada yang tertinggal. Mereka yang bermodal besar boleh terjun ke projek mega, manakala mereka yang bermula kecil tetap diberi peluang meniti tangga kejayaan dengan langkah yang pasti,” kata Dato Joyah.

Pelancaran rasmi Club Saudagar DMDI Global menjadi saksi bahawa platform ini bukan sekadar wacana, tetapi sebuah realiti. Ia menghimpunkan usahawan, profesional, dan pemimpin Melayu & Islam, membawa visi menjadi pusat rujukan perniagaan Dunia Melayu Dunia Islam.

Keistimewaannya jelas: akses kepada peluang global, kad keahlian eksklusif, platform e-dagang bersepadu, serta sokongan komuniti. Lebih daripada itu, ia membawa identiti dan pengiktirafan eksekutif yang mengangkat usahawan kecil ke pentas dunia.

Dato Joyah adalah seorang tokoh wanita yang luar biasa. Beliau telah melahirkan puluhan ribu pengusaha baharu, menjadikan dirinya simbol kejayaan dan ketabahan wanita Melayu dalam dunia keusahawanan.

Kepercayaan terhadap kredibiliti beliau diperteguh apabila Tun Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang Dipertua Negeri Melaka yang juga Presiden DMDI, melantik beliau sebagai Pengerusi Saudagar Melayu DMDI, satu platform yang kini dalam misi mengembang di 23 negara anggota.

Berasal dari Kuala Langat, Selangor, Dato’ Joyah melalui kehidupan penuh cabaran sejak kecil. Kerjayanya bermula sebagai eksekutif di syarikat multinasional dari Jepun, Amerika, United Kingdom hingga syarikat tempatan. Dari situlah lahir pengalaman korporat yang matang, menjadikan beliau seorang pemimpin berwawasan.

Kini, beliau mengetuai La’ Joise Industries (M) Sdn. Bhd., syarikat yang telah beroperasi lebih 24 tahun dalam bidang kesihatan, kecantikan, spa, dan latihan kemahiran. Lebih 10,000 wanita telah menerima ilmu daripada beliau, lahir sebagai usahawan daripada zero to hero.

Namun, Dato’ Joyah tidak sekadar memimpin dalam perniagaan. Beliau turut menyerahkan tenaga dan masa dalam kerja sosial, memimpin sebagai Ketua Saudagar Melayu DMDI dan Ketua DMDI Putrajaya. “Saya memberi tumpuan khusus untuk membantu ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah,” ujar beliau, melalui program latihan kemahiran yang ditawarkan secara percuma.

Dalam majlis pelancaran rasmi, beliau melontarkan kata-kata penuh makna: “Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan bangga, hari ini kita telah menyaksikan pelancaran rasmi Saudagar DMDI Global sebagai sebuah platform persaudaraan dan perniagaan antarabangsa…”.

Beliau menegaskan visi besar Saudagar DMDI Global — menjadi pusat rujukan ekonomi umat, menyediakan akses ke pasaran tempatan, serantau, dan antarabangsa, sambil mengukuhkan jaringan ukhuwah.

“Dengan adanya kad keahlian eksklusif, platform e-dagang bersepadu, serta jaringan komuniti yang kukuh, Saudagar DMDI Global akan menjadi pintu masuk bagi usahawan tempatan untuk melangkah lebih jauh,” tambahnya lagi.

Mengakhiri ucapannya, Dato’ Joyah menitip doa agar usaha ini diberkati Allah SWT, memberi manfaat bukan sahaja kepada ahli, tetapi juga masyarakat dan generasi yang akan datang. Sesungguhnya, Saudagar DMDI Global bukan sekadar organisasi, tetapi sebuah gerakan — sebuah perjuangan untuk membina ekonomi dan menyatukan umat.